Bergaduh di Hari Raya Aidil Fitri
Muar 1 Oktober
1 Syawal telah datang. Ramadhan telah berlalu. Hari ini saya berhari raya di Muar. Kami berhari raya secara sederhana dengan berkampung di rumah kakak ipar saya di Jalan Bakariah. Petang selepas Zohor kami dan keluarga pergi ke rumah kakak ipar saya Kak Ngah.
Namun apa yang mengejutkan saya dan keluarga semasa dalam perjalanan ke Sungai Abong berlaku satu insiden yang kurang menyenangkan. Seorang pemandu bas perkhidmatan bandar Muar telah menumbuk seorang warga Bangladesh dihadapan saya!
Mulanya saya fikir pemandu bas tersebut hendak melihat keadaan basnya kerana dia tiba-tiba turun. Tetapi apa yang mengejutkan bila saya dia terus menumbuk warga Bangladesh. Saya tidak tahu apa salahnya tetapi masalahnya kenapa harus terjadi peristiwa menumbuk orang sedangkan ianya berlaku di hari raya!
Saya memberhentikan kereta dibelakang bas tersebut dengan harapan untuk meleraikan pergaduhan itu, tapi isteri melarang dan kebetulan jalan tersebut agak sibuk maka hasrat itu saya batalkan. Apapun saya sempat merakam gambar bas tersebut dengan nombor pendaftarannya.
Inilah yang sering diucapkan oleh seorang rakan saya, "Syaitan dan Iblis diikat sepanjang bulan Ramadhan. Tapi anak-anak muridnya masih ramai".
Jadi Syaitan dan Iblis masih boleh berbangga dengan kejadian seperti ini!

Ulasan