Catatan

Selesai Beraya Tahun Ini

Hari ini saya sudah memulakan tugas di pejabat. Suasana raya masih ada. Lengang lagi di pejabat. Tugasan merakam gambar belum rancak. Jika ada yang terdekat ini pun 16 Oktober. Catatan Hari Raya Aidil Fitri saya tamatkan disini dulu. Jika ada saya masih boleh sambung. Cuma sambutan hari raya akan diteruskan oleh kita semua. Semoga Aidil Fitri tahun depan umur kita masih ada. Ramadhan tahun depan harap-harap kita masih diizinkan Allah untuk berpuasa. Buang yang keruh ambil yang jernih. Ada saman bayar. Ada hutang bayar. Jika belum balik kampung (mertua atau rumah sendiri ) hujung minggu ni masih ada masa. Atau 27 Oktober nanti masih cuti umum. Boleh beraya lagi. Ampun maaf dari saya: Raai Osman

Duit Raya

Banyak habis duit raya tahun ini. Atau masih ada saki baki selepas balik dari kampung. Ayah emak banyak dapat duit raya? Semuanya itu persoalan yang terlalu peribadikan? Bersedekah mana boleh cerita pada orang lainkan. Tapi bila banyak dapat bonus takkanlah nak keluar sedikit pun tak bolehkan? Saya mengenali duit raya selepas menetap di Selangor sejak bekerja di UKM. Dulu masa beraya di Kedah tak pernah tahu apa itu duit raya. Ada orang yang "pro and con" bila nak bercerita pasal duit raya. Beginilah apa salahnya kita peruntukkan sedikit semasa balik kampung. Hulur kat emak, ayah, mak long,mak ngah,mak cik, mak lang, mak uda, mak su.Kalau sedara ayah emak ada sepuluh orang pun bagi RM10 kita masih tak miskin lagi! Budak-budak? itu terpulang....tapi ada sorang abang ipar saya pesara mandor estet,umur dah enampuluh tahun dia bagi sen-sen je. masuk dalam bekas. Budak-budak datng rumah dia maka dapatlah duit sen-sen. Budak-budak tak merungut pun. Mereka tahu abang ipar saya orang...

Singgah Beraya

Syukur saya telah selamat tiba di Bangi jam 12.30 tengahmalam tadi setelah singgah enam jam di Taman Pelangi, Segamat selepas pulang dari rumah kakak di Kampung Seri Tambak Jalan Kluang Mersing. Hari raya tahun ini program ziarah kami amat sederhana kerana masa untuk merayakan secara "sakan" agak suntuk. Mana taknya Isnin anak bungsu kena masuk sekolah dan anak sulong akan memulakan kuliahnya. Saya dan isteri akan bertugas Isnin ini. Namun syukur dengan "bonus" 2008 kami dapat menziarahi kakak di Kluang. Dia tentu terkejut bila membuka sampul raya dan melihat duit raya saya.Mungkin cukup duit itu untuk mengalirkan air matanya. Biarpun dia kakak berlainan ayah, namun dialah yang menjaga saya semasa "baby" ketika emak dan ayah pergi menoreh. Dia kematian ayah sejak kecil. Malam hari raya kedua saya sempat berbual dengan Razi anak kakak saya yang telah berjaya mengorak langkah menjadi usahawan ayam golek. Semasa bulan Ramadhan rezekinya lumayan. Sepatah kata ...

Seri Mersing

Imej
BATU CAWAN: Yang menjadi salah satu lokasi filem Seri Mersing SAMPAH:Mencacatkan Pantai Mersing PANTAI MERSING:Memang Cantik Setelah tiga puluh tahun bertandang ke rumah kakak di Kluang, Johor, hari ini saya dan keluarga berpeluang melawat Mersing. Mersing saya kenal menerusi filem melayu Seri Mersing. Mersing juga merupakan pekan dimana pelawat boleh mendapatkan perkhidmatan feri ke Pulau Tioman, Pulau Besar, Pulau Rawa. Kesempatan bertemu seorang pengusaha tandas di Pantai Mersing saya berpeluang memperolehi sedikit cerita yang menarik. Maklumlah beliau sudah enam puluh tahun tinggal di Mersing. Saya membahasakan dirinya dengan panggilan abang Man (namanya Rahman, orang Mersing panggil beliau sebagai Man Tandas) Perbualan saya dengan abang Man meliputi topik politik, sosial dan pembangunan. Namun laman ini tidak mahu membicarakan politik, saya lebih suka mendengar kisah pembangunan Mersing. Tepatlah seperti kata orang “kecil jangan disangka anak; besar jangan disangka bapa” maka saya...

Bergaduh di Hari Raya Aidil Fitri

Muar 1 Oktober 1 Syawal telah datang. Ramadhan telah berlalu. Hari ini saya berhari raya di Muar. Kami berhari raya secara sederhana dengan berkampung di rumah kakak ipar saya di Jalan Bakariah. Petang selepas Zohor kami dan keluarga pergi ke rumah kakak ipar saya Kak Ngah. Namun apa yang mengejutkan saya dan keluarga semasa dalam perjalanan ke Sungai Abong berlaku satu insiden yang kurang menyenangkan. Seorang pemandu bas perkhidmatan bandar Muar telah menumbuk seorang warga Bangladesh dihadapan saya! Mulanya saya fikir pemandu bas tersebut hendak melihat keadaan basnya kerana dia tiba-tiba turun. Tetapi apa yang mengejutkan bila saya dia terus menumbuk warga Bangladesh. Saya tidak tahu apa salahnya tetapi masalahnya kenapa harus terjadi peristiwa menumbuk orang sedangkan ianya berlaku di hari raya! Saya memberhentikan kereta dibelakang bas tersebut dengan harapan untuk meleraikan pergaduhan itu, tapi isteri melarang dan kebetulan jalan tersebut agak sibuk maka hasrat itu saya batalka...

Catatan Sepanjang Aidil Fitri 1429/2008

Imej
Kemalangan berhampiran Hentian Rehat Seremban arah ke selatan.
Imej
Perjalanan balik Muar dari Bangi berjalan lancar semalam. Cuma terdapat beberapa insiden yang tidak sedap untuk catatkan. Peraturan menghalang kenderaan berat masuk lebuhraya seolah-olah tidak diendahkan. Masih terdapat lori-lori besar memghala ke selatan. *Gambar oleh: Atiqah Raai